Khamis, 9 Januari 2014

Cara Mudah Untuk Dapatkan Wang!!!!


http://www.theweeklypay.com/index.php?share=262938

Assalamualaikum Kawan-kawan saya ada nak perkenalkan satu program dari US yang boleh membuat pendapatan sampingan.
 Free register, tiada apa2 bayaran di kenakan. .tiada tipu muslihat (Kalau tipu pun bukan kita rugi apa2 pun).Tak perlu cari orang.Tak perlu jual barang, dan Kerja sikit2 je.?
#?SyaratKelayakan?: Anda ada facebook dan tau computer sikit2. Anda hanya perlu open link di atas dan register sebagai member.
 Lepas register terus dapat upah USD25, bersamaan RM80.00 lah lebih kurang.Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri..pastu apa lagi?
 Copy link anda,atau copy terus semua ayat saya ni, and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu,mcm email,tweeter dan sebagainya. .
Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD10 atau RM30 lah lebih kurang. Mudah kan!!!

 Duit anda boleh pilih, samaada duit masuk account terus, atau cek (akan di pos terus ke rumah.) Nak Register, Nnt klik la deh.. ( Nak Kongsi ilmu Jer,xRugi Apa2 Pun )

Clik Disini Utk Mengetahui Dgn Lebih Lanjut....

INI YG SAYA DAPAT ..DALAM 10MINIT SAYA DAFTAR...

Jumaat, 24 Mei 2013

Untuk Menempah Rumpai Laut


Rasanya ramai yang sudah tahu khasiat Rumpai Laut..
Walaupun ianya hanya di anggap sebagai Ibu Kolagen, tetapi kesan yang diterima keatas setiap individu yang telah mengambilnya secara konsisten pasti mendapat hasil yang menakjubkan..

Secara tak langsung, kita turut membantu  pembekal-pembekal Rumpai Laut Di Semporna Sabah.
Jika anda berminat untuk membeli Rumpai Laut ,Silalah Hubungi Atau SMS saya di talian ini...

                                       PN.AZIZAH : 012-864-7300

InsyaAllah segala pertanyaan atau pembelian akan dijawab sebaiknya... Atau anda bolehlah layari blog ini untuk mencari apa yang anda ingin ketahui tentang Rumpai Laut...Segalanya Rumpai Laut

Ini Adalah Contoh Bungkusan Untuk 1KG Rumpai Laut.. Per Oder


YELLOW  - 1 KG - RM 55    TERMASUK HARGA POS  
 PURPLE   - 1 KG - RM 60    TERMASUK HARGA POS
 GREEN    - 1 KG - RM 75    TERMASUK HARGA POS

AISSODA PIC




Jika anda telah bersetuju untuk membeli Rumpai Laut Dari Kami ikuti Kaedah BANK IN seperti berikut:

BANK-IN MELALUI MESIN ATM 
SIMPAN RESIT TRANSAKSI.. SAYA AKAN MINTA ANDA MMS RESIT SEKIRANNYA PERLU (TERUTAMA SEKIRANYA DUIT BELUM MASUK DLM AKAUN SAYA DLM TEMPOH 24 JAM SELEPAS ANDA BANK-IN)


SAYA TIDAK AKAN MEMBUAT PENGHANTARAN SELAGI DUIT BELUM MASUK ATAU ANDA GAGAL MENUNJUKKAN BUKTI TRANSAKSI (BILA DI MINTA).



PENTING!JIKA BANK-IN DGN BANK SELAIN MAYBANK, MESTI MMS RESIT ATAU EMAIL KAN RESIT. INI KERANA DUIT HANYA AKAN MASUK DLM AKAUN, SELEPAS 1-3 HARI BEKERJA. JIKA ANDA GAGAL MMS ATAU EMAIL KAN RESIT, KAMI AKAN POS BARANG ANDA SELEPAS 3 HARI ANDA BANK-IN ATAU SELEPAS DUIT MASUK KE AKAUN.


Tentang Rumpai Laut



Sebagai bahan pangan, rumput laut telah dimanfaatkan bangsa Jepun dan China semenjak ribuan tahun yang lalu. Sebenarnya apa rumput laut itu???

 Rumput laut merupakan tumbuhan laut jenis alga, masyarakat Eropah mengenalnya dengan sebutan seaweed. Tanaman ini adalah gangang multiseluler golongan bahagian thallophyta. Berbeza dengan tanaman sempurna pada umumnya, rumput laut tidak mempunyai akar, batang dan daun. Jika kita amati jenis rumput laut sangat beragam, mulai dari yang berbentuk bulat, pipih, tabung atau seperti ranting dahan bercabang-cabang.

 Rumput laut biasanya hidup di dasar samudera yang dapat ditembusi cahaya matahari. Seperti layaknya tanaman darat pada umumnya, rumput laut juga mempunyai klorofil atau pigmen warna yang lain. Warna inilah yang menggolongkan jenis rumput laut. Secara umum, rumput laut yang boleh dimakan adalah jenis ganggang biru (cyanophyceae), ganggang hijau (chlorophyceae), alga merah (rodophyceae) atau ganggang coklat (Phaeophyceae).

Hal tersebut tidaklah menghairankan, kerana ternyata rumput laut mempunyai kandungan nutrisi cukup lengkap. Secara kimia rumput laut terdiri dari air (27.8%), protein (5.4%), karbohidrat (33.3%), lemak (8.6%) serat kasar (3%) dan abu (22,25% ). Selain karbohidrat, protein, lemak dan serat, rumput laut juga mengandungi enzim, asid nukleik, asid amino, vitamin (A, B, C, D, E dan K) dan makro mineral seperti nitrogen, oksigen, kalsium dan selenium serta mikro mineral seperti zat besi, magnesium dan natrium. Kandungan asam amino, vitamin dan mineral rumput laut mencapai 10 -20 kali ganda berbanding dengan tanaman darat.



GIZI YANG TERKANDUNG DAN MANFAATNYA

Banyak kajian yang membuktikan bahawa rumput laut adalah bahan pangan berkhasiat, berikut beberapa diantaranya:

1. Antikanser Penyelidikan Harvard School of Public Health di Amerika mengungkap, wanita premenopause di Jepun berpeluang tiga kali lebih kecil terkena kanser payudara berbanding wanita Amerika. Hal ini disebabkan pola makan wanita Jepun yang selalu menambah rumput laut di dalam menu mereka.

2. Antioksidan Klorofil pada gangang laut hijau dapat berfungsi sebagai antioksidan. Zat ini membantu membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas yang sangat berbahaya bagi tubuh.

3. Mencegah Kardiovaskular Para Ilmuwan Jepun mengungkap, ekstrak rumput laut dapat menurunkan tekanan darah pada pesakit hipertensi. Bagi pengidap stroke, mengambil rumput laut juga sangat dianjurkan kerana dapat menyerap kelebihan garam pada tubuh.

4. Makanan Diet Kandungan serat (dietary fiber) pada rumput laut sangat tinggi. Serat ini bersifat mengenyangkan dan memperlancar proses metabolik tubuh sehingga sangat baik dimakan pesakit obesiti. Karbohidratnya juga sukar dicerna sehingga anda akan merasa kenyang lebih lama tanpa takut kegemukan.

5. Secara tradisional, rumput laut dipercaya dapat mengubati Batuk, Asma, Bronkhitis, TBC, cacing, Sakit Perut, Demam, Influenza, dan Artritis.Baca Selanjutnya Disini...

Isnin, 6 Mei 2013

Berbaik Sangka

Didiklah diri kita umtuk berbaik sangka dengan orang lain.. seandainya kita mahu orang lain berbaik sangka dengan kita...

Mencari Kebahagiaan


Rabu, 24 April 2013

Kebaikan dan Keburukan Rumpai Laut



Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 


Khazanah laut pelbagai warna seperti ungu, hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolagen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

 
Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

 
Pelbagai khasiat
Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

 
Kajian lain
Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

 
INFO: Rumpai laut
 * Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai
    bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion 

    menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

 
INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan
Kesihatan

• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid 

  sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin 

   yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.
   BACA SELANJUTNYA DISINI


Selasa, 23 April 2013

Manusia Tidak Ada Yang Sempurna


Manusia adalah hambaNYA yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat.
Tidak ada manusia yang berada didunia ini terlepas dari melakukan dosa dan maksiat
tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar.Tidak kiralah dari golongan,keturunan
atau apa pangkatnya termasuk ahli ahli ibadah juga tidak lekang dari melakukan dosa
dan maksiat.Janganlah sesekali kita merasa bersih dari dosa dan yakin bila mati
nanti terus masuk syurga kerana selangkah sahaja kita bergerak kita telah terlibat
dengan dosa.Malahan perjalanan menuju ke masjid juga ada ketikanya membawa dosa dan
tidak berbaloi dengan keinginan untuk mencari redha ALLAH apabila di dalam perjalanan
bertembung dengan insan yang berlainan jenis lalu mata saling memandang ..itupun
sudah di kira maksiat.

Apakah kita mesti lari dari semua manusia di dunia ini? Apakah kita mesti duduk jauh
di dalam hutan untuk mengelakkan bertemu dengan orang lain? Sebagai manusia kita ada
keperluan untuk keluar mencari ilmu,mencari rezeki dan berbagai urusan yang lain yang
memerlukan kita keluar dari rumah.

Bila memperkatakan soal haram ini,bukan lelaki sahaja yang haram melihat wanita malahan
wanita juga haram melihat lelaki walaupun sekadar mengintai dari celah celah dinding atau
melihat lelaki buta konon lelaki buta itu tidak nampak mereka.Sesuai dengan satu kisah
yang berlaku di zaman Rasulullah. Suatu hari ketika Rasulullah sedang berehat di rumah
bersama Aisyah ra,terdengar orang memberi salam, apabila Rasulullah bangun,Aisyahpun
bangun sambil melihat sama di pintu tetapi Rasulullah melarangnya tetapi Aisyah
menyata Wahai Rasulullah, itukan Abdulah Makhtum {seorang tukang azan yang buta kedua
belah matanya}bukannya boleh melihat tetapi Rasulullah menyatakan dia tidak boleh melihat
tetapi engkau boleh.Namun begitu untuk tujuan menuntut ilmu di haruskan.

Terlalu banyak punca punca boleh berlakunya dosa dan maksiat malahan jaraknya sejam,seminit
malahan lebih cepat dari sesaat.Subhanallah hidup sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat.
Inilah yang di katakan oleh Rasulullah SAW:" bahawa akhir akhir zaman ini,maksiat adalah ibarat
beras dan kebaikan itu ibarat antah"

Akhir zaman yang di katakan oleh Rasulullah itu Ialah zaman di mana kita berada sekarang
Memang telah nyata kita sekarang sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat yang tiada
kesudahannya oleh itu ALLAH swt menuntut kita untuk membersihkan diri dari gelumang dosa
dan maksiat ini dengan bertaubat dan memohom keampunan dari ALLAH setiap masa dengan
ikhlas,khusyuk dan tawadduk

Mohonlah pengampunan dari ALLAH walau sebanyaknya dosa dosa kita,Allah yang bersifat penyayang
dan pengasih malahan maha pengampun pasti akan menerima taubat hambaNYA walaupun seandainya
dosa dosa hambaNYA itu seberat dunia dan sebanyak bintang di langit ALLAH SWT tetap akan
membentangkan tangan rahmatnya dan menerima hambanya yang datang kepadaNYA dengan taubat
nasuha itu dengan penuh kasih sayang.Sedarlah bahawa ALLAH SWT amat mencintai hambaNYA
dan tidak mahu hambaNYA menderita apabila tiba di akhirat nanti.Hanya manusia yang sifatnya
sebagai hamba ini yang tidak pernah sedar dari melakukan dosa dan maksiat.Semoga sebagai
manusia yang sentiasa leka dengan dosa dan maksiat ini ,kita dapat berjumpa jalan pulang
yang hakiki disisiNYA dan sentiasa dalam redha ALLAH.Carilah ALLAH kerana ALLAH sentiasa ada
untuk memberikan kasih sayangNYA kepada kita.

Jadi Janganlah Hanya Tahu Menilai Orang Lain Sahaja Sedangkan Diri Sendiri Belum Tentu Sempurna
Ingatlah,hidup ini hanya sementara sahaja. Jangan menghukum Insan lain walaupun dia pernah dan telah berbuat silap ,kerana kita sendiri belum tentu akan berbuat baik sepanjang hayat kita sahaja. Jangan Anggap Diri Kita Itu Sempurna, Sehingga Sentiasa Bercakap Perihal Orang Lain, Aib Orang Lain, Kekurangan Orang Lain, Kesilapan Orang Lain..Sedangkan Diri Sendiri Punya Kekurangan, Tutup Rapat-Rapat.
 Ingat Allah Itu Maha Mendengar Doa Orang-Orang Yang Teraniaya...


.....ISLAM UNTUK SEMUA.......peringatan untuk diri sendiri.....