Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu
lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita.
Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai
seorang yang:
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang
dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang
dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan
pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada
dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu
menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih
banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh
dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh
suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang
dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa
lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita
tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam
terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri,
kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara
untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan
wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan
pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap
wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui
perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan
kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja
kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan