Rabu, 24 April 2013

Kebaikan dan Keburukan Rumpai Laut



Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 


Khazanah laut pelbagai warna seperti ungu, hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolagen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

 
Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

 
Pelbagai khasiat
Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

 
Kajian lain
Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

 
INFO: Rumpai laut
 * Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai
    bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion 

    menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

 
INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan
Kesihatan

• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid 

  sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin 

   yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.
   BACA SELANJUTNYA DISINI


Selasa, 23 April 2013

Manusia Tidak Ada Yang Sempurna


Manusia adalah hambaNYA yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat.
Tidak ada manusia yang berada didunia ini terlepas dari melakukan dosa dan maksiat
tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar.Tidak kiralah dari golongan,keturunan
atau apa pangkatnya termasuk ahli ahli ibadah juga tidak lekang dari melakukan dosa
dan maksiat.Janganlah sesekali kita merasa bersih dari dosa dan yakin bila mati
nanti terus masuk syurga kerana selangkah sahaja kita bergerak kita telah terlibat
dengan dosa.Malahan perjalanan menuju ke masjid juga ada ketikanya membawa dosa dan
tidak berbaloi dengan keinginan untuk mencari redha ALLAH apabila di dalam perjalanan
bertembung dengan insan yang berlainan jenis lalu mata saling memandang ..itupun
sudah di kira maksiat.

Apakah kita mesti lari dari semua manusia di dunia ini? Apakah kita mesti duduk jauh
di dalam hutan untuk mengelakkan bertemu dengan orang lain? Sebagai manusia kita ada
keperluan untuk keluar mencari ilmu,mencari rezeki dan berbagai urusan yang lain yang
memerlukan kita keluar dari rumah.

Bila memperkatakan soal haram ini,bukan lelaki sahaja yang haram melihat wanita malahan
wanita juga haram melihat lelaki walaupun sekadar mengintai dari celah celah dinding atau
melihat lelaki buta konon lelaki buta itu tidak nampak mereka.Sesuai dengan satu kisah
yang berlaku di zaman Rasulullah. Suatu hari ketika Rasulullah sedang berehat di rumah
bersama Aisyah ra,terdengar orang memberi salam, apabila Rasulullah bangun,Aisyahpun
bangun sambil melihat sama di pintu tetapi Rasulullah melarangnya tetapi Aisyah
menyata Wahai Rasulullah, itukan Abdulah Makhtum {seorang tukang azan yang buta kedua
belah matanya}bukannya boleh melihat tetapi Rasulullah menyatakan dia tidak boleh melihat
tetapi engkau boleh.Namun begitu untuk tujuan menuntut ilmu di haruskan.

Terlalu banyak punca punca boleh berlakunya dosa dan maksiat malahan jaraknya sejam,seminit
malahan lebih cepat dari sesaat.Subhanallah hidup sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat.
Inilah yang di katakan oleh Rasulullah SAW:" bahawa akhir akhir zaman ini,maksiat adalah ibarat
beras dan kebaikan itu ibarat antah"

Akhir zaman yang di katakan oleh Rasulullah itu Ialah zaman di mana kita berada sekarang
Memang telah nyata kita sekarang sedang bergelumang dengan dosa dan maksiat yang tiada
kesudahannya oleh itu ALLAH swt menuntut kita untuk membersihkan diri dari gelumang dosa
dan maksiat ini dengan bertaubat dan memohom keampunan dari ALLAH setiap masa dengan
ikhlas,khusyuk dan tawadduk

Mohonlah pengampunan dari ALLAH walau sebanyaknya dosa dosa kita,Allah yang bersifat penyayang
dan pengasih malahan maha pengampun pasti akan menerima taubat hambaNYA walaupun seandainya
dosa dosa hambaNYA itu seberat dunia dan sebanyak bintang di langit ALLAH SWT tetap akan
membentangkan tangan rahmatnya dan menerima hambanya yang datang kepadaNYA dengan taubat
nasuha itu dengan penuh kasih sayang.Sedarlah bahawa ALLAH SWT amat mencintai hambaNYA
dan tidak mahu hambaNYA menderita apabila tiba di akhirat nanti.Hanya manusia yang sifatnya
sebagai hamba ini yang tidak pernah sedar dari melakukan dosa dan maksiat.Semoga sebagai
manusia yang sentiasa leka dengan dosa dan maksiat ini ,kita dapat berjumpa jalan pulang
yang hakiki disisiNYA dan sentiasa dalam redha ALLAH.Carilah ALLAH kerana ALLAH sentiasa ada
untuk memberikan kasih sayangNYA kepada kita.

Jadi Janganlah Hanya Tahu Menilai Orang Lain Sahaja Sedangkan Diri Sendiri Belum Tentu Sempurna
Ingatlah,hidup ini hanya sementara sahaja. Jangan menghukum Insan lain walaupun dia pernah dan telah berbuat silap ,kerana kita sendiri belum tentu akan berbuat baik sepanjang hayat kita sahaja. Jangan Anggap Diri Kita Itu Sempurna, Sehingga Sentiasa Bercakap Perihal Orang Lain, Aib Orang Lain, Kekurangan Orang Lain, Kesilapan Orang Lain..Sedangkan Diri Sendiri Punya Kekurangan, Tutup Rapat-Rapat.
 Ingat Allah Itu Maha Mendengar Doa Orang-Orang Yang Teraniaya...


.....ISLAM UNTUK SEMUA.......peringatan untuk diri sendiri.....

Dalam Hati Tersimpul Cinta


Cinta. Ceritera biasa muda-mudi dan remaja. Fitrah manusia ingin mencintai juga dicintai. Adam perlukan Hawa, Hawa perlukan Adam.

Namun, fitrah perlu dibajai iman, hati perlu disiram zikir, agar ia tumbuh subur dan memberi pulangan ketenangan serta redha Allah yang utama. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati, tiga hati atau banyak hati. Cinta yang didamba hingga ke penghujung, hanya bertahan di pertengahan, terkulai dimamah usia cinta dosa yang dibelai.

Dalam hati tersimpul cinta,
Bagai dunia aku yang punya,
Sungguh sulit mendefinisi bahagia,
Hanya yang merasa memahaminya.

Mengayam cinta bertakhtakan iman. Cinta adalah perkataan yang indah dan suci sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta.




Falsafah cinta menyebut:
Kita tidak sempurna tetapi perkahwinan menyempurnakan kita
Dalam menapak menaiki tangga menuju gerbang perkahwinan, perancangan dan persediaan perlu kemas disusun. Sesungguhnya, yang paling sukar adalah persediaan jiwa. Jiwa perlu bersih, kuat, jernih, suci dan cekal untuk melangkah ke alam yang baru ini.

Apabila si teruna dan dara diijabqabulkan maka terbinalah rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga. Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan antara hati-hati yang ditegakkan di atas tunjang kasih mesra, saling simpati, saling melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya anak-anak dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang.

Al-Quran menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut, gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Ruum: 21)
Itulah hubungan antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang, malah dari ungkapan kata-kata Al-Quran itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai para pemuda! Barangsiapa antara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa (shaum), kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”.

(Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. ‘Perasaan’ adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan ‘bekerja’ untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang dilihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika hanya bergantung kepada perasaan, cinta akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan ‘pertunjukan’ dengan peranan yang lebih berkesan.
Islam adalah agama cinta. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga dia merasakan hangatnya cinta.
Kehangatan cinta kepada Allah, Rasulullah s.a.w, dan cinta insani semata-mata kerana Allah


Sumber Diperolehi Dari Email.. Islam Itu Indah

Perasaan Dan Sikap Syak Wasangka


Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.

Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
 Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,


“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Sejarah perjuangan umat yang panjang telah menyaksikan bahawa siri kemenangan umat yang lampau hanya tercapai apabila kekuatan umat yang ada pada ketika itu digembelingkan bersama-bersama dan mereka telah menjadikan kekuatan aqidah dan keakraban ukhuwah sesama sendiri sebagai tunjang perjuangannya.
Cuba kita renungkan bersama :

  1. Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa di kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh?
  2. Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?
Jom, luaskan dada dan perkasakan amal…

Oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin

Jangan Menyinggung Perasaan Suami


Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dalam keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahndanya. Baginda s.a.w melihat kedua mata Fatimah r.ha berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya: Mengapa wahai anakku?

Fatimah r.ha menjawab: Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya:

 ‘Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku’, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Fatimah r.a: Wahai anakku, demi Zat yang telah mengutusku sebagai Nabi dgn agama yang haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solat jenazahmu.


Oleh: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam

Bagaimana Mengeratkan Kasih Sayang Suami Isteri


Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Mengapa suami diletakkan ditempat yang begitu mulia ?. Jika dikaji dari sudut lahiriah sekalipun, seseorang yang bergelar "lelaki" itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redho Allah. Tanggungjawab sebagai ayah yang telah mendidik anak-anak sejak dari alam bayi hingga dewasa, semuanya tertanggung diatas bahu lelaki yang bergelar ayah dan suami itu. Suamilah yang terus menerus menanggung beban sehingga lahirnya zuriat bakal penyambung warisannya. 

Segala amal ma'ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.
 

Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar derhaka isteri kepada suami ialah menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk diwati (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa." (Al Baqarah : 187) 

Dan firman Allah lagi di dalam surah Al Baqarah, ayat 223: "Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman."

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran. Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan "mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar. 

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut suami pergi atau berpindah ke mana-mana. 

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang. 

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha. 

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redho Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat. 

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: "Engkau hai syurga ! Haramlah atas segala lelaki yang dayus." Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya. Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5) 

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam. 

Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.



Ahad, 21 April 2013

Tindak Balas Rumpai Laut Terhadap Tubuh Badan


PROSES PEMULIHAN :

Antara proses penyembuhan makan  Rumpai Laut seperti yang ada dibawah ini...
 
Jangan risau, proses ini hanya di awal pengambilan sahaja
untuk membaik pulih badan yang sudah lama menyimpan banyak toksin.(anggaran 1 hingga 2 minggu begantung pada tubuh badan seseorang teruskan pengambilan kolagen jangan SKIP.
 
Badan kita dah masuk macam-macam makanan , bahan-bahan kimia ,
rumpai laut berupaya membersihkan bahagian dalaman tubuh kita.
 
Ia umpama detox membuang segala toksin dan lemak-lemak yang sudah tersimpan berpuluh-puluh tahun lepas.
 
Anda akan dapat hasil yang memuaskan.
Ada juga yang tidak ada langsung merasai proses ini. Ia begantung pada individu
 
Jika sebarang healing crisis terjadi seperti demam, 
jerawat bertambah banyak, gatal-gatal di muka, batuk, berhingus akibat dari makan PMC, Jangan berhenti, terus kan sahaja....proses penyembuhan sedang berlaku. Ia mengeluarkan toksin-toksin di badan kita.
 
InsyaALLAH selepas melalui fasa itu,anda akan dapat hasil yang anda harapkan.
 
P/S: Elakkan dari mengambil sebarang kaifen ye
untuk hasil yang maksimum amalkan mengambil bersama vit c 1000mg
 
Kesan tindakbalas pemulihan berkemungkinan akan di alami oleh pengguna seperti :
 
-Mengantuk,
 
-Sedikit keletihan,
 
-Sakit kepala,
 
-Selesema dan batuk bekahak
 
Sedikit rasa sakit-sakit di tempat tertentu
(selalunya di organ yang pernah bermasalah dan sedang mengalami masalah).
 
-Keadaan ini berlaku kerana badan bertindakbalas dalam proses detox( badan membuang TOKSID).
 
-Bagi yang masalah RESDUNG.
 pengguna kemungkinan akan berasa gatal mata, hidung berair dan berhingus, Ini terjadi kerana kesan tindakbalas positif dan ia hanya bersifat sementara.
 
-Ia BUKANLAH KESAN SAMPINGAN.
 
-Pengguna juga kemungkinan akan kerap membuang air kecil dn besar
 
GUNAKAN TANPA WAS-WAS
KOLAGEN MENTAH~ DARI SUMBER RUMPAI LAUT ASLI MENTAH SEMPORNA SABAH
 
100% asli, belum diproses, bebas kimia/racun, pewarna, pengawet, steroid, perisa.

PERNAH KELUAR DI PANORAMA RTM,NONA DAN MAJALAH 3
SERTA DI AKHBAR2 KOSMO, METRO, BERITA HARIAN DAN UTUSAN MALYSIA 
MENGENAI KEBAIKAN DAN KAHSIAT RUMPAI LAUT SEMPORNA SABAH

TANDA PROSES PEMULIHAN: (
Healing Crisis)

1. Keletihan/Mengantuk (tubuh berasid, fungsi hati yang lemah)
 
2. Sakit kepala/Pening (tekanan darah yg tinggi,tanda detoxsifikasi)
 
3. Deman dan sedikit keresahan (metobalisma meningkat, hormon 

   tidak stabil)
 
4. Kerap membuang air besar dan kecil (tanda detoxsifikasi/sisa toksin

    tekumpul dlm bdan)
 
5. Kembung perut / Bergas (tanda system penghadaman yang lemah)
 
6. Ruam/ gatal kulit / peluh berbau busuk / Kelemumur / Bejerawat 

   (fungsi hati yg lemah, banyak toksin )
 
7. Batuk Berkahak / Selesema / Bersin (anda mengalami resdung, 

    fungsi hati yg lemah)
 
8. Hidung Berdarah ( anemia/tidak cukp darah merah)
 
9. Sakit di bahagian otot dan sendi (tubuh berasid, toksin tekumpul 

    tempat yang sakit)
 
10. Merasa lebih sakit di tempat yang terjejas (proses penyembuhan 

      semakin cepat)
 
11. Insomnia/hyperaktif (system sarap yang lemah)
 
12. Haid tidak teratur/ Perubahan pada kitaran haid / Gatal di 

     punggung /Semakin banyak mengeluarkan lendir (akibat 
    dari ketidakseimbangan hormon/sedang membetulkan hormon).
 
13. Pening dan lapar (hipoglisemia/paras gula dalam darah yang 

      rendah Anemia tidak cukup darah merah)
 
14. Loya / Sembelit / Sedu (system penghadaman yang lemah dan 

     masalah hati) . Baca Selanjutnya DISINI



                                           

Tips Menyemarakkan Cinta






















*Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).

*Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.

*Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.

*Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia.

*Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.

*Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.

*Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.

*Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.

*Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.

*Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.