Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai
Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan
saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan
Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
“Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun
isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya
tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan