Melalui
emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
Tidak,
jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun
belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa
dalam sembahyang. Allah mendengar.
Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri
daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama
masalah.
Kita
selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang
memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar
lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang
lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tengah-tengah bandaraya.
Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia
dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia
juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus.
Ramai
orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungankelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina
janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika
tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn
kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu
sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi
telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin
itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti
tuntutan-tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus
bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai
Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah
anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan
mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan